MENU

 

119203015_3322742007795475_7855805741933486838_n

AYER KEROH 15 September 2020 - Malaysian Industry - Government Groups For High Technology (MIGHT) telah mengenalpasti fasiliti kendalian MBMB sebagai salah satu teknologi komponen dan menjemput MBMB melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka untuk terlibat di dalam Projek Demonstrasi Grid Pintar sebagai rakan pelaksana yang melibatkan intergrasi dengan 'Virtual Based Energy Manager', yang merupakan sebuah komponen sistem di dalam demonstrasi grid pintar di Melaka.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka di Hotel Ames, MITC yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi lain yang turut terlibat sama.

Antara projek yang telah dianugerahkan oleh MIGHT kepada MBMB adalah 'Energy Management System' dan 'Rooftop Solar PV System'. Di majlis yang sama MBMB turut menerima Sijil Penghargaan daripada MIGHT kerana penglibatan dalam 'Smart Grid Demonstration Project' ini.

Melaka merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengaplikasikan sistem Smart Grid ini. Tahniah kepada semua agensi yang terpilih bagi pelaksanaan projek perintis ini!

Kemaskini Terakhir: Selasa, 27 Oktober 2020 - 11:38am