MENU

 

93652020_2932364990166514_7383293285722226688_n

BUKIT BARU 22 April - Batal lesen perniagaan jika tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil suntikan ‘Thypoid’.

Demikian tegas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu kepada semua peniaga dan penghantar makanan yang ingin menyertai e bazar di bawah kendalian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) berkenaan.

Jelasnya, walaupun mereka menjalankan perniagaan secara dalam talian, namun faktor kebersihan sentiasa dititkberatkan pihaknya demi keselamatan semua pihak.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan 42 ribu botol air mineral kepada pesakit Covid-19 di Hospital Besar Melaka.

Sumbangan yang disampaikan kepada Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Zaharimah Abdul Kadir itu dianggarkan bernilai RM 18, 375.00

Sumber - Berita Ehwal Semasa RTM Melaka

Kemaskini Terakhir: Rabu, 5 Ogos 2020 - 9:07am