MENU

 

Untitled-1-43-696x392

AYER KEROH 9 Sept. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyertai Malaysian Society Occupational Safety & Health (MSOSH) OSH Award 2019 bagi kategori ‘gold’ tahun 2019.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, MBMB telah menjalani sesi pengauditan di tapak pada hari ini (semalam) oleh wakil auditor daripada MSOSH.

“Program anjuran MSOSH ini platform MBMB berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menambah baik amalan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

“Pengumuman anugerah bulan Oktober depan, diharap MBMB terus ke hadapan dalam memastikan aspek keselamatan di tempat kerja menjadi tunggak utama operasi MBMB.

“Terima kasih barisan urusetia Jabatan Kesihatan Persekitaran MBMB dan semua wakil Pegawai OHSAS jabatan MBMB bersama-sama dalam sesi pengauditan ini bersama juruaudit MSOSH,” katanya.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 29 September 2020 - 3:10pm