MENU

 

Untitled-1-Recovered-7

AYER KEROH 10 Sept. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melancarkan pasukan khas ‘Task Force’ bagi mendapatkan undian warga Bandaraya Melaka Bersejarah dan orang ramai di negeri ini.

Setiausaha MBMB Sulaiman Atan berkata, pasukan itu dilancarkan bagi menyebarkan info kempen ‘We Love Cities’ anjuran World Wide Fund (WWF).

“Ia juga bagi mendapatkan maklum balas warga Bandaraya Melaka mengenai perkhidmatan bandaraya.

“Pasukan ‘Task Force’ #welovemelaka melibatkan 60 anggota MBMB dari pelbagai jabatan yang akan turun padang di lokasi tumpuan awam mendapatkan undian mulai hujung minggu ini.

“Jika jumpa kami, mohon berikan sokongan buat Bandaraya Melaka Bersejarah dan anda berpeluang menerima cenderamata #welovemelaka sebagai tanda kenangan,” katanya selepas pelancaran pasukan itu. - Sumber Melaka Hari Ini

Kemaskini Terakhir: Selasa, 29 September 2020 - 3:10pm