MENU

 

BANDARAYA MELAKA 19 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menganjurkan program Generasi Wawasan bertujuan mendidik dan meningkatkan tahap pengetahuan & kesedaran pelajar mengenai pentingnya kebersihan alam sekitar.

Program tersebut dianjurkan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tejah pada Rabu lalu.

Program itu juga merupakan program MBMB bersama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, SWCorp dengan menjadikan Ahli Majlis kawasan sebagai penggerak utama program.

Antara aktivti yang diadakan ialah gotong-royong, pengumpulan barang-barang kitar semula, pengindahkan landskap sekolah dan kebun hijau.

Selain itu, program tersebut juga dijadikan platform untuk agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyampaikan ilmu-ilmu pencegahan bagi masalah-masalah sosial seperti buli dan penyalahgunaan dadah. - Sumber MelakaKini

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 14 November 2018 - 9:41am