MENU

 

 

KUALA LUMPUR 28 - Sekitar Majlis Perasmian Malaysia Urban Forum (MUF) 2020 yang telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia di Auditorium Asian International Arbitration Centre, Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Di majlis yang sama, Datuk Bandar, YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu telah menerima Sijil Pengiktirafan Penglibatan MBMB secara langsung dalam penyediaan peta laluan Bandaraya Melaka seiring dengan kehendak kriteria Sustainable Development Goals (SDG) oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Terkini, MBMB dalam usaha menerbitkan platform interaktif yang dinamakan Ceritera Melaka yang akan dirasmikan secara langsung di dalam slot 'Networking Session' ke-14 pada 29 September 2020 jam 2.00 petang.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 27 Oktober 2020 - 11:38am