MENU

 

AYER KEROH 18 Mac 2021 – Sekitar Majlis Penyampaian Surat Perlantikan Kenaikan Pangkat kepada enam orang anggota MBMB.

Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota MBMB yang telah menerima surat perlantikan kenaikan pangkat bermula dari Gred N26 hingga H11. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainal Bin Hj. Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Turut hadir sama Pn. Hjh. Siti Fariza binti Salim, Pengarah Pengurusan dan Sumber Manusia, MBMB.

Senarai Anggota-anggota yang terlibat adalah Pn. Liza binti Mat Yasin sebagai Pembantu Tadbir Gred N26, En. Khairul Nizam bin Abd Aziz sebagai Pembantu Tadbir Gred N22, Pn. Noorhayati binti Samiun sebagai Pembantu Tadbir Gred N22, En. Hanif bin Hassan sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred KP22, En. Mohd Firdaus bin Mamat sebagai Gred KP22, En. Masmawi bin Hj. Ibrahim sebagai Pembantu Awam Gred H14.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Semoga lebih maju dan jaya dalam menggalaskan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 April 2021 - 2:33am