MENU

 

119227743_3322853644450978_5114971177879539829_n

AYER KEROH 15 September 2020 - Pasukan khas #welovemelaka telah mula bergerak di lapangan bagi mendapatkan pandangan dan undian orang awam sempena Kempen We Love Cities 2020.

Sekalung penghargaan buat YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka, barisan kempimpinan Kerajaan Negeri serta semua Ketua-ketua Jabatan Negeri /Agensi yang telah turut serta dalam Kempen #welovemelaka ini.

Sokongan padu dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi menjayakan kempen anjuran World Wildlife Fund (WWF) yang beribu pejabat di Stockholm, Sweden.

Terima kasih bagi yang telah mengundi dan teruskan undian anda di https://welovecities.org/melaka/ sehingga tarikh tutup kempen pada 11 Oktober 2020 ini!

We Love Cities, We Love Melaka!

Kemaskini Terakhir: Selasa, 27 Oktober 2020 - 11:38am