MENU

 

PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG

 

17 Ogos 2020 - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah melancarkan Kempen Jalur Gemilang Peringkat MBMB Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020. Tujuan Kempen Jalur Gemilang ini diadakan antaranya untuk meningkatkan semangat kecintaan kepada negara dan bangsa walaupun negara dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kempen seumpama ini wajar diadakan mengikut SOP MKN yang telah ditetapkan.

Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Abdul Ghafar bin Atan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB dan Datuk Hj. Abidullah bin Hj. Salleh, Ketua Ahli Majlis MBMB.

Antara pengisian program pada pagi ini adalah penyerahan jalur gemilang kepada Ahli Majlis MBMB, Setiausaha JAPERUN dalam pentadbiran MBMB serta Ketua-Ketua Jabatan MBMB bagi menyuntik semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 ini.

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 29 September 2020 - 3:10pm