MENU

 

 

 

2 Mac - YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menerima suntikan Vaksin Covid-19 di Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka bertempat di Perkarangan Kompleks Seri Negeri, Melaka pagi tadi.

Program Imunisasi Covid-19 ini telah dijayakan dengan ‘vaccinator’ dari Klinik Kesihatan Cheng, Melaka dan dijalankan secara serentak melibatkan 23 Pusat Pemberian Vaksin sekitar negeri Melaka.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 April 2021 - 2:33am