MENU

AYER KEROH 30 Jan - Kerjasama pintar….Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansor Sudin menerima kunjung hormat daripada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, baru-baru ini.

Rombongan daripada SMK Malim diketuai Pengetuanya, Rosidah Haron. Turut menyertai kunjung hormat itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Datuk Mokhtar Haron.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan membincangkan berkaitan projek pembangunan termasuk membangunkan prasarana sukan dan bantuan latihan kemahiran berkaitan pasukan kombo.

Selain itu, pihak SMK Malim turut memohon MBMB membenarkan laluan Bas Panorama bagi kemudahan pengangkutan pelajar sekitar Krubong. - Sumber Melaka Kini

Kemaskini Terakhir: Ahad, 29 March 2020 - 12:47am