MENU

 

BANDARAYA MELAKA 17 Okt. – Program Bengkel Pelan Perancangan Acara Tahun 2019 dapat membantu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussien berkata, tujuan kursus itu sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada MBMB.

“Selain itu, bengkel ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka.

“Selain meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif MBMB,” katanya.

Azmi berkata demikian kepada media semasa berucap di Majlis Perasmian Bengkel Pelan Perancangan Acara Tahun 2019 di Pullman Putrajaya, Isnin lalu. - Sumber MelakaKini

Kemaskini Terakhir: Rabu, 14 November 2018 - 9:41am