MENU

Kolam Renang

 

MBMB mempunyai sebuah kompleks kolam renang yang terletak di Banda Hilir, Melaka. Terdapat 2 buah kolam renang di dalam kompleks ini:

Kolam 1 Berukuran 50m x 25m, bertaraf Olimpik, mempunyai 8 lorong renang dan kedalaman di antara 0.9m hingga 3.8m.
Kolam 2 Kolam untuk kanak-kanak yang mempunyai kedalaman di antara 0.4m hingga 0.7m.

 

Semua pengguna kompleks akan dikenakan bayaran masuk. Bagi pengguna tetap, mereka digalakkan mengambil pas bulanan. Pengguna kolam hanya dibenarkan masuk pada masa yang telah ditetapkan dan akan dikenakan bayaran seperti berikut:

 

Kadar Bayaran Masuk

STATUS/KATEGORI

WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN WARGANEGARA

Kanak-kanak

Dewasa

Gimnasium

RM 2.00

RM 3.00

RM 6.00

RM 3.00

RM 5.00

RM 8.00

 

Syarat-Syarat Menggunakan Kolam

  • Semua yang mempunyai tiket masuk untuk mandi sahaja dibenarkan.
  • Semua perenang dimestikan memakai baju mandi (swimming suit) yang dibenarkan oleh Majlis.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hanya dibenarkan masuk bersama penjaga.
  • Pengguna-pengguna kolam renang hendaklah waras (tidak mabuk).
  • Orang-orang yang mempunyai penyakit berjangkit dinasihatkan supaya tidak menggunakan kolam.
  • Semua pengguna dinasihatkan mandi sebelum ke kolam.
  • Semua pengguna dinasihatkan menyimpan harta benda sendiri dengan baik dan pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan.

 

Perkara-Perkara Yang Dilarang

  • Dilarang membawa sebarang makanan dan minuman di dalam kolam.
  • Dilarang meludah di merata-rata tempat.
  • Dilarang mengganggu ketenteraman awam semasa berada di kawasan kolam.
  • Dilarang membuang sampah dan mengotorkan kawasan kolam.
  • Dilarang membawa sebarang senjata dan dadah ke dalam kompleks kolam renang.

Penguasa dan Penyelamat Nyawa kolam berhak mengarah keluar seseorang dari kolam dan dari kompleks renang jika didapati melanggar syarat-syarat di atas tanpa membayar sebarang ganti rugi. Penguasa kolam boleh  menutup kompleks pada bila-bila masa tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu.

 

Jadual Penggunaan Kolam Renang

Sesi
Hari 1 2 3 4 5
Isnin JADUAL MINGGUAN PEMBERSIHAN KOLAM 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm

 

Selasa

LATIHAN TERAPI AIR OKU 10.00 pg - 11.45 pg 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm
Rabu LATIHAN TERAPI AIR OKU 10.00 pg - 11.45 pg 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm
Khamis LATIHAN TERAPI AIR OKU 10.00 pg - 11.45 pg 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm
Jumaat LATIHAN TERAPI AIR OKU 10.00 pg - 11.45 pg 2.45 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm
Sabtu 9.00 pg - 10.30 pg 11.00 pg - 12.30 tgh hari 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm
Ahad 9.00 pg - 10.30 pg 11.00 pg - 12.30 tgh hari 2.30 ptg - 4.00 ptg 4.30 ptg - 6.00 ptg 6.15 ptg - 7.30 mlm

 

Tertakluk kepada arahan dan pindaan dari masa ke semasa. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pembangunan Korporat dan Antarabangsa
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka.

Kolam Renang Tel: 06-283 8796

Kemaskini Terakhir: Isnin, 11 Disember 2017 - 12:17am