Fungsi MBMB Merancang pembangunan bandaraya yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai pusat kebudayaan, komersil, pendidikan dan pentadbiran.
Menjadikan Melaka sebuah bandaraya maju.
Menjana aktiviti-aktiviti ekonomi melalui perancangan komersil, perindustrian, pelancongan dan sektor kewangan melalui dasar pelesenan yang bersepadu.
Menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman' dengan menanam pokok-pokok dan bungaan di sepanjang jalan serta kawasan awam dengan merekabentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan dengan sempurna dan teratur.
Memastikan kehidupan yang bersih dan sihat dengan memantau pembuangan sisa pepejal, sistem kumbahan serta pemotongan rumput dengan sempurna dan teratur.
Membina dan menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta memperbaiki taraf hidup penduduk dan para pelancong.
Merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam usaha mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan harmoni. |