MENU

 

AYER KEROH 22 Feb - Seramai 10 orang anggota MBMB telah terpilih untuk dianugerahkan Pingat Peringatan Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2020. Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir Tuan Sulaiman bin Hj. Atan, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-ketua Jabatan MBMB.

Untuk makluman, anugerah ini diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dan bertugas secara langsung dalam menjayakan majlis-majlis rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai tanda menghargai usaha dalam membantu Kerajaan Negeri Melaka merealisasikan program-program khusus negeri secara beterusan.

Sekalung Penghargaan dan Tahniah buat semua anggota MBMB yang terpilih.

Last Updated: Monday, 12 April 2021 - 2:33am