MENU

 

AYER KEROH 16 Feb - Pagi ini Setiausaha Bandaraya MBMB, Tuan Sulaiman bin Hj. Atan telah menyantuni barisan hadapan MBMB yang terdiri daripada anggota Unit F.RON.T MBMB, Penguatkuasa, Pengawal, Pemandu dan Penghantar Notis terdiri daripada 30 orang mewakili jabatan dan unit masing-masing di Dewan Taming Sari MBMB. Program ini merupakan inisiatif berterusan daripada MBMB dengan kerjasama Anulae Cawangan Negeri Melaka. Turut hadir Pn. Hjh. Siti Fariza Salim, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia MBMB dan Saudara Norman bin Taib, Pengerusi Anulae Cawangan Melaka merangkap Naib Presiden Anulae Semenanjung Malaysia.

Semangat yang tinggi sentiasa ditunjukkan oleh setiap anggota yang bertugas di lapangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan walaupun berhadapan risiko jangkitan dan penularan wabak pandemik Covid-19.

Bencana Covid-19 menjadi satu cabaran global yang perlu diatasi bersama-sama. Semoga kegigihan petugas barisan hadapan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan terus bersabar. Dalam masa sama, mereka merayu orang awam mengambil serius tanggungjawab mereka untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagai usaha untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Last Updated: Tuesday, 13 April 2021 - 12:24am