MENU

BANDA HILIR 22 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, ia termasuklah dalam aspek penambahbaikan kemudahan fasiliti di bawah kawasan kelolaan MBMB.

Menurutnya, antara dilaksanakan adalah dengan menukar lampu jalan sedia ada kepada lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED).

“Sehingga kini, kita mempunyai 6,000 lampu jalan di kawasan seliaan MBMB dan kita sudah menukar sebanyak 1,600 lampu jalan tersebut kepada lampu jalan jenis LED.

“Ia bukan sahaja lebih mesra alam dan terang, tetapi juga menjimatkan kos,” katanya.

Mansor bagaimanapun berkata, pelaksanaan tersebut dilakukan secara berperingkat.

“Untuk menukar semua lampu jalan ini mengambil masa dan kita jangka tempoh kira-kira lima tahun untuk memastikan semua lampu jalan ini ditukar kepada jenis LED,” katanya pada sidang media Ramah Mesra MBMB Bersama Media di Skydeck Element Mall, Rabu lalu.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Datuk Tey Kok Kiew. - Sumber Melaka Kini

 

Last Updated: Sunday, 22 September 2019 - 12:17am