Dataran Sejarah adalah satu lagi mercu pusat kegiatan riadah dan kebudayaan yang telah dibina oleh MBMB untuk digunakan dan dinikmati oleh rakyat umum. Terletak 3 km dari pintu masuk utara Melaka melalui lebuhraya utara/selatan, di kawasan rekreasi Ayer Keroh, Dataran Sejarah telah dilengkapkan dengan komponen senibina: |
Bangunan ini dilengkapi dengan Pentas Persembahan, Bilik V.I.P dan Bilik Persalinan dan Persediaan. Terdapat di bawah Pentas Lintas Hormat kemudahan untuk pentas persembahan terbuka bagi tujuan pertunjukan kebudayaan tarian, nyanyian dan sebagainya dilengkapi dengan bilik V.I.P, bilik persalinan, ruang persediaan dan bilik-bilik kemudahan asas yang lain seperti surau, tandas, bilik kawalan dan lain-lain lagi. |
Terletak di paksi tengah Padang Dataran, menara jam ini dilengkapkan dengan jam besar pada keempat-empat muka menara. Menara jam ini dengan ketinggian 30 kaki menjadi mercu tanda dan ruang ketibaan umum bagi para pejalan kaki daripada akses Lebuh Ayer Keroh. Di tengah-tengah menara didirikan tiang bendera setinggi 164'0" dan boleh dianggap sebagai titik fokal bagi kawasan ini. |