English | Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Jurnal Content Search
Cukai Taksiran Harta

 

Cukai Taksiran Harta ialah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ke atas pegangan di dalam kawasan kadaran MBMB berdasarkan Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan.

PEGANGAN:
Tanah yang dimiliki dalam sesuatu surat hakmilik samada mempunyai bangunan atau tidak (tanah kosong). Cukai Taksiran Harta dikenakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari bagi tempoh setengah tahun pertama dan 1 Julai bagi setengah tahun kedua. Tarikh akhir untuk menjelaskan Cukai Taksiran Harta ialah pada penghujung bulan Februari dan Ogos setiap tahun.


Contohnya:
Jika nilai tahunan satu-satu pegangan RM2400.00 dan kadar tahun yang dikenakan 2% maka Cukai Taksiran Harta pegangan tersebut ialah :

 

Formula


NILAI TAHUNAN
:


Anggaran sewa tahunan kasar sesuatu pegangan di mana pemilik pegangan menanggung kos penyelenggaraan, pembaikan, insuran, pemuliharaan, segala kadar dan cukai am.

KADAR TAHUNAN:

Kadar yang ditetapkan oleh MBMB bagi menentukan Cukai Taksiran Harta sesebuah pegangan.

  •   

    Kadar tahunan berbeza mengikut kegunaan dan lokasi dan ianya boleh berubah dari masa ke semasa selepas tempoh satu tahun. Berdasarkan kepada Akta 171 Seksyen 130, kadar tahunan boleh dikenakan tidak melebihi 35% dari Nilai Tahunan.
  •   

    Nilai pegangan boleh diubah oleh MBMB setiap 2 kali setahun di sebabkan oleh perubahan Nilai Tahunannya. Sebab-sebab perubahan tersebut ialah:-


a)

Pembangunan baru dan telah mendapat  Sijil Kesempurnaan (CF).

b)

Bangunan diubahsuai melibatkan perubahan keluasan lantai.

c)

Tanah kosong yang telah dibangunkan.

d)

Kemusnahan kepada bangunan seperti terbakar, roboh dan sebagainya.

e)

Kerana perubahan perancangan disesuatu kawasan, contohnya kawasan pertanian menjadi perumahan.

Cukai Taksiran Harta



Kadar taksiran adalah seperti berikut:


Kategori

Kadar Cukai
Bandar
%

Taksiran Harta
Luar Bandar
%

Perniagaan
13.0
10.0
Kediaman
11.5
9.5

Rumah Kos Rendah, Kampung Baru

11.0
7.0

Rumah Pangsa Kos Rendah

11.0
9.0

Rumah Pangsa - Kediaman

11.5
9.5

Rumah Pangsa - Perniagaan

12.0
10.0

Kawasan Kampung

6.0
2.0

Daerah
- Perniagaan
- Kediaman
- Rumah Kampung

-
-
-

10.0
9.5
3.0

Kawasan Kampung Konservasi

5.0
-
Perindustrian
13.0
12.0

Tanah Kosong
- Bangunan
- Industri
- Pertanian

6.3
6.3
-

3.15
5.25
-

Caruman Membantu Kadar

12.0
12.0

 
Semak Cukai Taksiran Anda

 
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia Laman Web Rasmi Multimedia Super Corridor Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan