| Perkhidmatan Sewaan Bunga |
Pengenalan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sedia menyediakan perkhidmatan penyewaan pasu-pasu bunga kepada semua Jabatan / Agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk semua tujuan seperti berikut :-
1. Untuk menghias dewan-dewan bagi upacara-upacara, majlis perasmian, mesyuarat, persidangan, perkahwinan dan sebagainya.
2. Untuk hiasan pejabat, ruang-ruang pameran dan sebagainya.
Bunga-bunga MBMB yang subur dan menarik boleh dilihat di Tapak Semaian MBMB di Taman Datuk Md Zin, Batu Berendam.
Cara membuat tempahan
Untuk membuat tempahan penggunaan, anda perlu menulis surat rasmi atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengindahan Bandar, MBMB untuk mengisi borang yang telah disediakan, selewat-lewatnya 3 hari sebelum penggunaan.
Bagi orang perseorangan, bayaran sewaan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 hari sebelum penghantaran.
Kadar Bayaran
Item | Badan Kerajaan | Individu & Swasta |
Pasu per unit sehari | RM 0.80 | RM 2.00 |
Upah menyusun (setiap 100 pasu) | RM 5.00 | RM 5.00 |
Pengangkutan dalam kawasan MBMB (setiap 100 pasu) | RM 30.00 | RM 40.00 |
Pengangkutan di luar kawasan MBMB (setiap 100 pasu) | RM 50.00 | RM 50.00 |
Kerosakan atau kehilangan pokok dan pasu akan dikenakan kos yang berasingan mengikut jenis pokok dan pasu. Kadar minima sebuah pasu yang hilang adalah RM 20.00 sepasu.
Sewaan bulanan (dalam kawasan MBMB) dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi setiap pasu.
Sewaan bulanan bagi penggunaan di luar kawasan MBMB boleh dirundingkan.
Tanggungjawab Penyewa
1. Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga dan menyiram pokok-pokok tersebut semasa penyewaan.
2. Penyewa juga adalah diminta untuk memberitahu kepada Majlis jika hendak menyimpan bunga-bunga tersebut dengan lebih lama. Walaubagaimana pun kelewatan memulangkan pasu-pasu tersebut pada masa yang ditetapkan akan dikenakan bayaran tambahan.

Indahkan lagi Bilik, Ruang Tamu,
Dewan-Dewan Persidangan
Atau Mesyuarat Anda
Dengan Bunga-Bunga Yang Segar
Dari Tapak Semaian MBMB
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Bahagian Pentadbiran
Jabatan Pengindahan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka.
Tel: 







06-2859766
Faks: 06-2325716