English | Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Jurnal Content Search
Bantahan Cukai Taksiran Harta
 

Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian dihantar kepada pemilik dalam masa 30 hari sebelum Cukai Taksiran Harta Baru dikuatkuasakan. Mengikut peruntukan Sek. 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) , sekiranya pemilik pegangan tidak berpuas hati dengan cukai yang dikenakan, bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian dikeluarkan.

Bantahan boleh dibuat di atas alasan-alasan berikut :

1. Sesuatu pegangan dinilai lebih dari nilai yang boleh dikenakan kadar.
2. Pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar.
3. Pegangan yang sepatutnya termasuk di dalam Senarai Nilaian telah ditinggalkan.
4. Pegangan dinilai kurang dari nilai yang boleh dikenakan kadar.
5. Sesuatu pegangan yang dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.


Bantahan yang dikemukkan didengar dan diputuskan oleh Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran Harta MBMB sama ada pemilik berkenaan hadir atau tidak.
Sekiranya pemilik masih tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa di atas bolehlah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi dengan syarat berikut:


1. Membayar dahulu amaun Cukai Taksiran Harta yang dikenakan oleh MBMB.
2. Mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan bantahan.


Jika pemilik masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, bolehlah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas soal undang-undang untuk keputusan muktamad. Pindaan-pindaan nilaian hanya berkuatkuasa pada 1 JANUARI dan 1 JULAI tahun taksiran berkenaan.

 

 
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia Laman Web Rasmi Multimedia Super Corridor Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan