Fungsi MBMB

Merancang pembangunan bandaraya yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya
 sebagai pusat kebudayaan, komersil, pendidikan dan pentadbiran.
  
Menjadikan Melaka sebuah bandaraya maju.
  
Menjana aktiviti-aktiviti ekonomi melalui perancangan komersil, perindustrian, pelancongan dan sektor
 kewangan melalui dasar pelesenan yang bersepadu.
  
Menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman' dengan menanam pokok-pokok dan bungaan 
 di sepanjang jalan serta kawasan awam dengan merekabentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan
 dengan sempurna dan teratur.
  
Memastikan kehidupan yang bersih dan sihat dengan memantau pembuangan sisa pepejal, sistem
 kumbahan serta pemotongan rumput dengan sempurna dan teratur.
  
Membina dan menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta memperbaiki
 taraf hidup penduduk dan para pelancong.
  
Merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam
 usaha mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan harmoni.